Semak Baki Pinjaman PTPTN Online.
Adakah anda salah seorang pemimjam PTPTN
atau dikenali sebagai Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional? Jika ada adalah
peminjam PTPTN adakah anda telah membayar semua hutang itu? Jika belum, anda
boleh membayar segala hutang PTPTN anda sekarang. Bagaimana untuk cara semak
baki pinjaman PTPTN? Kali ini kami akan berkongsi dengan anda cara atau langkah
demi langkah untuk semak baki pinjaman PTPTN anda.
Untuk makluman, semakan baki pinjaman
PTPTN boleh dibuat melalui dua cara iaitu:
1. Online
2. SMS
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara
Online
1. Masuk ke laman web: https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda/IC dan
tekan butang “SEMAK”.
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara SMS
1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad
Pengenalan<jarak>No PIN
2. Hantarkan SMS ke 15888
*Setiap SMS akan dikenakan caj
penghantaran sebanyak RM0.15 dan cas penerimaan sebanyak RM0.20.
Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut
mengenai status pinjaman anda, anda juga boleh menghubungi PTPTN melalui talian
hotline 03-20804455.
Elakkan nama anda disenaraikan hitam di
dalam CCRIS atau dalam bahasa penuhnya adalah Sistem Maklumat Rujukan
Kredit Berpusat (CCRIS). Jika nama anda disenarai hitam di dalam CCRIS
anda mungkin mengalami masalah untuk membuat pinjaman lain di kemudian hari dan
dilarang untuk keluar negara.
Soalan :
Apakah yang perlu dilakukan oleh peminjam bagi memastikan rekod pinjaman PTPTN di CCRIS tidak memberi sebarang masalah kepada permohonan pinjaman beliau di bank atau institusi kewangan lain?
Jawapan :
Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada di dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.
Ingat! Hutang mesti di bayar
Tags
Information