Latar Belakang Tokoh
Nama
Kelahiran
|
Aliff Syukri bin Kamarzaman
اليف شكري بن كمرالزمن 3 April 1987 (29 tahun) Felda Kechau, Kuala Lipis,Pahang , Malaysia |
Nama lain
|
Datuk Terlajak Laris
|
Pekerjaan
|
Usahawan
|
Agama
|
|
Pasangan
|
Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid
|
Anak
|
Ahmad Rayyan
Khatijah El Zahra Ibrahim Adham |
Ibu bapa
|
Rozita binti Ibrahim (ibu)
|
Penglibatan
Dalam Dunia Perniagaan
Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan
bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan,
akhirnya membuahkan hasil yang lumayan pada sekarang ini. Hadir dalam keluarga
yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau
mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya
di Sabak Bernam, Selangor.
Semangatnya hadir untuk berniaga apabila
melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya
20 sen. Melihat di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu
tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan
hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.
Jika budak lain
pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk
beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang
dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan
kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada
beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual
pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Setelah
tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari
rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama
terkenal.
Bukan itu sahaja,
pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual.
Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar
penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus
serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah,
'bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting'.
Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan
yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Penubuhan Awal Syarikat D' Herbs Healthy Sdn.
Bhd
Bergelar suami dan bapa pada usia muda
serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah
pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan
kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil
menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual
produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang
dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel
yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan.
Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan
lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah
drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada,
beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun
sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa
bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu
kolagen pertama di Malaysia.
Pada peringkat awal pengenalan jenama D’
Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia
untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi
pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan
jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu
milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010
ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya
seorang pekerja sahaja.
Antara produk utama yang dihasilkan pada
mulanya ialah :
·
Bedak Asas,
·
Produk pelansingan,
·
Minuman Kesihatan
Wanita dan
·
Lipstick Rawatan
Bibir
Kini, syarikat ini sudah berpindah ke
bangunan empat tingkat dengan seramai 35 orang kakitangan serta telah
menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau
dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd.
D'Herbs juga telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati
pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan
beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara. Beliau berazam
untuk menjadikan D' Herbs Healthy sebagai salah satu jenama kosmetik yang
terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan seluruh dunia.