Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Latar belakang tokoh
Nama
: Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan
Menurut Faiza beliau datang ke
Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang
tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual
pelbagai barangan dapur. Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama
Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.
Dengan mempunyai kedai sendiri,
beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras,
beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum
balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas
respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai
jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja
tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam
penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk
mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
Syarikat milik Faiza kini mengedar
lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba
Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula
melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja
Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
Pada usia emas, Hajah Faiza masih
lagi aktif mengurus bisnessnya. Beliau dibantu oleh lima orang daripada tujuh
anak-anaknya di samping ratusan orang pekerja. Kini beliau melakukan
kerja-kerja amal di bawah pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor. Hajah Faiza
berpegang teguh kepada prinsip bagi maju dalam bisnes individu itu perlu rajin
berusaha, tifak mudah patah semangat dan perlu mengamalkan sikap
berjimat-cermat. Segala usaha bisnes walaupun bermula secara kecil-kecilan
tidak boleh dipandang mudah kerana kesusahan itu dapat membina daya ketahanan
diri kepada usahawan.
BERAS BERKUALITI TINGGI
BalasPadam