USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA - TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARI




Tokoh Usahawan Berjaya Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Siapa yang tidak kenal dengan tokoh usahawan Melayu ini, nama yang cukup besar dalam bidang keusahawanan. Namanya acap kali disebut dan menjadi role modelbagi generasi Y, malahan nama beliau turut disebut di dala buku-buku akademik tertutamanya buku yang berkaitan dengan keusahawanan. Setakat tahun 2014, nilai asetnya mencecah RM 11.07 bilion dan pada masa itu, beluai merupakan orang ke-6 terkaya di Malaysia.


Latar BelakangTokoh
Nama    : Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al Bukhary
Tahun dilahirkan : 1951
Tempat lahir   : Alor Setar, Kedah
Anak     : Anak ke-3 daripada 7 orang adik beradik
Pendidikan : Tamat tingkatan 5 di Sekolah Saint Micheal's


Beliau memulakan pengembaraan sebagai seorang usahawan pada tahun 1970 dengan menjual daging. Kemudian pada tahun 1972, beliau mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A. Seterusnya, dengan bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada MARA, beliau membeli 2 buah lori Mercedes 911LS dan memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas. Terlalu banyak cabang industri dan syarikat yang telah berjaya ditubuhkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Berikut merupakan gambar bidang atau industri yang diceburi beliau.
 


Selain itu juga, beliau menubuhkan sebuah badan khas yang diberi nama Yayasan Al Bukhary. Saya paparkan bersama laman utama pagi portal foundation yang beliau tubuhkan.


Secara kesimpulan, melihat dari diri beliau, saya dapat rumuskan dimana beliau merupakan individu yang: 

Mampu melihat peluang untuk menjalankan perniagaan
mempunyai daya pemikiran yang kritikal (critical thinking)
Tidak mudah putus asa

Juga membantu masyarakat dalam menyumbang kepada aspek tanggungjawab sosial.

Catat Ulasan

Komen di sini, Admin tidak bertanggungjawab atas segala komen. Terima kasih :

Terbaru Lebih lama