BERTUAHNYA badan jika dapat bertemu insan
yang mempunyai ilmu dan berkarisma. Sedikit sebanyak kita tentu dapat mencedok
'mutiara' dan aura yang ada padanya untuk dimanfaatkan dalam kehidupan.
Ya, bukan mudah bertemu mereka yang dalam
kalangan bukan calang-calang orang bukan?
Bagi yang mengidolakan individu tersebut,
tentu teruja tatkala dapat bertemu empat mata, apatah lagi berada dalam satu
kenderaan dengannya. Bukan kenderaan biasher-biasher ya uols... naik jet
peribadi lagi!
Menariknya individu bergelar jutawan senyap
itu tak lokek berkongsi tip penuh bermakna pula.
Itu yang dikongsikan pemuda bernama Hafizi
Zain yang mempunyai lebih 20k followers ini di Facebooknya.
"Pernah tengok tak ada orang balik
Kelate semata2 nak beli Kuih Akok naik private jet..?
"Beliau merupakan seorang 'Silent Billionaire'..
Tak suka dikenali orang dan tak suka bercakap kosong.
"Saya tak mahu bercerita lebih tentang
siapa beliau. Tapi saya nak ceritakan tentang 11 Nasihat Emas yang saya dapat
sepanjang 30minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport Ahad lepas
dengan menaiki pesawat peribadi milik beliau," begitu kongsinya.
Meluahkan tujuan perkongsiannya adalah
supaya beliau boleh ingat pesanan daripada jutawan senyap berkenaan, Hafizi
merasakan point dikongsikan agak berterabur sedikit.
Sebabnya semua nasihat emas ini katanya
disampaikan secara tak langsung saja..justeru beliau cuba perkemaskan ayat
supaya ramai dapat faham dan dapat manfaat dari apa yang cuba nak disampaikan.
"Anda boleh #Share post ini sekiranya
anda rasakan ianya bermanfaat," katanya.
11 nasihat emas tersebut adalah:
1. When u do business, don't put all eggs in
one basket. Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah..
Asingkan 1 bisnes, 1 company. 1 projek, 1 company.. Jangan campur adukkan semua
di bawah 1 company sahaja.
2. Jangan menganggap cabaran ekonomi semasa
menghalang utk kita buat bisnes. Sbg contoh, musim covid ni.. Memang ada bisnes
yang tak boleh nak jalan.. Tapi ada banyak lagi peluang bisnes yang kita boleh
lakukan dan boleh sukses. Explore dan terus take action. Kalau kita hanya
terperap saja kat rumah mengenang nasib, memang rugi lah!
3. Jangan pernah berhenti dari memberi
sedekah..sedekah dan lupakan.. Lagi banyak sedekah, lagi banyak rezeki datang
mencurah-curah. Utamakan sedekah kepada adik beradik dan saudara mara dahulu.
Walaupun ada saudara mara yang pernah mengguris hati, sedekahkan juga tanpa
berkira.
4. Buat bisnes yang tidak melibatkan loan
bank. Sebab loan bank ni lah sebenarnya yang menyebabkan cash outflow company
makin drop. Dapat untung je, buat bayar loan.. Baik tak payah.
5. Banyakkan networking dengan orang-orang
penting. Waktu mula-mula-mula networking, mungkin takde rasa apa yang perlu.
Tapi one day, pasti akan ada benda yang kita saling perlukan pertolongan antara
satu sama lain.
6. Pekakkan telinga dengan apa yang orang
berkata negatif tentang kita. Sebab setiap apa yang kita buat, hanya kita saja
yang tahu.. Orang lain tahu mengata jer.. so, the best solution, FOKUS dengan
apa yang kita nak buat, dan apa yang kita nak capai.
7. Plan betul-betul life kita. Umur sekian
sekian, apa target kita.. Dari segi kerjaya, kehidupan, rumah, kereta anak dan
lain-lain. Jangan kita hanya hidup mengikut arus semata-mata.
8. Kena bijak mengambil peluang.
Kadang-kadang peluang tu orang tak nampak.. hanya kita je nampak. tapi kita tak
berani. sebetulnya, bila dah nampak peluang tu, grab cepat-cepat sebelum orang
lain grab dulu.
9. Bila berinteraksi dengan orang kenamaan,
jangan tunjuk yang kita lemah. Kena tunjuk kita ni kuat dan ada kelebihan.
Jangan hanya tunduk, diam dan setuju semata-mata dengan apa yang tengah
dibincangkan bersama mereka. Lontarkan idea-idea bernas untuk mereka. Barulah
mereka pandang tinggi dan berani bagi projek kat kita.
10. Sekiranya kita nak business secara long
term, elakkan dari melibatkan diri secara serius dalam politik. Sebab ianya
sangat bahaya. Fokus kepada business.. bukan fokus kepada politik.
11. Jangan terlalu nak 'beremosi' dalam
bisnes.. Kalau kita buat satu2 bisnes, dan bisnes tu asyik rugi dan takde masa
depan..Tutup saja bisnes tu.. tak perlu nak meratap sayu.. bina bisnes baru
yang lebih profitable.
Begitulah 11 Pesanan Emas dari beliau.. Apa
yang beliau pesan, memang kena sangat dengan bisnes yang saya lakukan ini..
anda boleh LIKE, KOMEN & #SHARE post ni sekiranya anda rasakan ianya
penting untuk orang lain juga.." kongsi Hafizi.
Jadi, bagaimana? Boleh uols ikut tip nasihat
diberikan jutawan senyap itu? Mana tahu boleh dijadikan sumber inspirasi...
Selamat mencuba! -AG #PastiAdaSina