4 CARA DAN TERMA SYARAT MEMBUAT PEMBIAYAAN MARA



Mungkin ramai lagi yang masih samar-samar atau tidak tahu langsung bagaimana cara hendak memperoleh pembiayaan, bagaimana hendak menyewa premis, mengikuti kursus atau seminar keusahawanan. Jadi, untuk membantu anda, pergi ke laman web utama portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Segalanya di sini


PENGENALAN
· Kemudahan pembiayaan perniagaan disediakan untuk membantu Usahawan Bumiputera memulakan perniagaan atau menambah modal bagi meningkatkan perniagaan. 
·         Pembiayaan dilaksanakan mengikut Konsep Islam, bebas daripada riba.

OBJEKTIF
·         Untuk menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan ke arah menambah bilangan serta mempertingkatkan tahap Usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana.

1. PEMBIAYAAN
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA adalah seperti berikut :
                

Berikut cara-cara dan terma syarat :-

2. TEMPOH / KADAR KEUNTUNGAN
Top of Form
Bottom of Form


Bayaran Ansuran Pembiayaan
 Skim
 Kadar Keuntungan
Amaun
Tempoh
RM 10,000 Ke Bawah
1 - 4 Tahun 
SPPP
4 % setahun
RM 10,001 Hingga RM 50,000
1 - 5 Tahun
SPPP
RM 50,001 Hingga RM250,000 
1 - 10 Tahun
SPPP
RM250,001 Hingga RM500,000
1- 15 Tahun 
SPPP
Sehingga RM500,000
Maksimum 20 tahun
Premis Komersial
Sehingga RM500,00
Mengikut Jangkamasa Kontrak
SPiKE
6 % setahun
RM500,001 HINGGA RM 2 juta
Tempoh Jaminan sehingga 15 tahun
SJUM
Mengikut Kadar Keuntungan Bank Komersial


3. SET BORANG YANG LENGKAP
SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK EKSPRES (SPiKE) DAN SKIM PEMBIAYAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN (SPPP)

SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI PEJABAT MARA DAERAH / NEGERI YANG BERHAMPIRAN DENGAN TUAN PUAN.

1.  Borang Permohonan Pembiayaan Perniagaan
2.  Borang Maklumat Peribadi
3.  Borang Jaminan/ Borang Cagaran
4.  Senarai Semak Permohonan Pembiayaan
BAYARAN PEMPROSESAN
 Jumlah Pembiayaan  
 Kadar Bayaran
RM5,000
RM 5
RM 5,001 hingga RM 20,000  
RM 20
RM 20,001 hingga RM 50,000 
RM 50
RM 50,001 hingga RM 250,000 
RM 100
RM 250,001 ke atas
RM 200

SKIM JAMINAN USAHAWAN MARA (SJUM)
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan rancangan perniagaan kepada bank komersial yang berhampiran.
·         BAHAGIAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA
·         BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (BMMB)




4. APA ITU RANCANGAN PERNIAGAAN                        
1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Tujuan
Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sedia ada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :
1.Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
2.Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
3.Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
4.Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
5.Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan
1.Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                   
2.Statistik
3.Data ekonomi
4.Data perdagangan
5.Penyelidikan pasaran

Kandungan

 1.
 Jadual kandungan
 7.
 Rancangan organisasi/pengurusan
 2.
 Ringkasan eksekutif /sinopsis
 8.
 Rancangan pemasaran
 3.
 Pengenalan
 9.
 Rancangan pengeluaran/operasi
 4.
 Tujuan Penyediaan
10.
 Rancangan kewangan
 5.
 Latar belakang perniagaan/syarikat
11.
 Jadual pelaksanaan projek
 6.
 Latar belakang pemilik
12.
 Rumusan


Puatan berkenaan :

http://www.mara.gov.my/web/guest/home 

Catat Ulasan

Komen di sini, Admin tidak bertanggungjawab atas segala komen. Terima kasih :

Terbaru Lebih lama