Segala ketentuan dalam hidup ini telah
pun ditetapkan oleh Allah samada didalam bab Jodoh, Ajal, Rezeki, dan semua
dalam kehidupan kita. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha kita
sendiri. Jangan lupa segala suruhan Allah dan tinggalkan segala Laragan-NYA.
Salam semua.
Sekadar berkongsi. Ambil yang baik, buang yang buruk.
Sy tak berhenti cari kerja, berbulan cari, padahal sy cari kerja part time je. Kedai high end, kedai makan, you name it, semua saya apply. Akhirnya sangkut satu company, buat sales, tapi takda basic, komisyen sahaja. Bidang pun sy tak minat. Kos nak pergi kerja lagi bukan murah. Lepas reject tawaran tu, saya fikir banyak kali, kenapa lah tak cuba je kerja tu, entah entah saya boleh perform, dapat la jugak gaji. Memang menyesal. So sy job hunt lagi, berbulan lamanya.
Saya terbaca confession kat page ni,
pasal Al-Waqiah magnet rezeki. Ya, benar. Ada satu malam tu, lepas solat subuh,
saya baca Al-Waqiah, niat utk dimurahkan rezeki. Tapi Allah sentuh hati saya
malam tu. Menangis saya baca Al-Waqiah. Kenapa? Sebab saya baca maksud surah tu
sekali. Saya ingat maksud surah tu berkait dengan rezeki, rupanya tidak.
Sayu hati masa baca, teringat banyak
dosa saya buat sebelum ni. Saya buat solat sunat taubat. Zikir tak henti,
mintak ampun tak henti, doa tak henti. Sampai saya letih. Esok nya saya sambung
cari kerja semula. Then petang tu, saya bukak email, ada dua email dari company
yang saya pernah apply. Email pertama, mereka kata permohonan gagal, dalam hati
saya, saya patut sedar diri, tak mesti buat ibadah satu malam, terus makbul
doa, lagi lagi banyak dosa saya sebelum ni. Saya pun bukak email kedua, mungkin
company ter-resend email sama. Tapi sbenarnya email kedua tu jemput saya pergi
interview, untuk jawatan yang berbeza. Alhamdulillah, saya tahu tak mesti saya
dapat kerja tu, tapi sekurangnya diberi peluang untuk pergi interview, dapat
atau tak, tu Allah je boleh tolong.
Selang beberapa hari, saya dapat
mesej dari bekas majikan saya, tanya saya free tak, nak mintak saya kerja
dengan dia satu dua hari, Alhamdulillah. Sehari dua pun, ada jugak dapat duit
dari tak buat apa. Malam yang sama, saya pergi berbuka puasa di masjid. Berkat
terawih tiap malam juga agaknya, ada akak ni yang saya selalu bertegur kat
masjid, dia tanya saya nak kerja tak. Gaji mahal, tapi part time.
Alhamdulillah.
Nampak tak the
power of dua’s on Ramadhan, the power of Al-Waqiah, the power of taubat, the
power of ibadah. Tiga tawaran kerja part time sekali gus. Saya cari part time
sebab saya duduk di negara orang, visa lagi beberapa bulan expired. Saya
student di negara yang islamophobia kuat. Saya bertudung, Islam. Jadi memang
lagi susah kalau nak dapat kerja.
Apa pun saya bersyukur sangat
sekarang. Jadi yang belum dapat kerja, or duit asyik tak cukup, cuba lah baca
Al-Waqiah, solat fardhu jangan tinggal. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi
Allah kasihi kita. Perancangan allah hebat, jadi jangan pernah putus asa.
– Bunga Pastel
Sumber : IIUM
Confessions
Tags
Motivasi