TOKOH USAHAWAN MALAYSIA BERJAYA TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR


Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan.
Berikut adalah sedikit latar belakang beliau ...





Nama                   : Tan Sri Mokhzani Mahathir
Umur                   : 54 tahun (Januari 1961)
Warganegara        : Malaysia
Nilai harta kekayaan   : US$1.2 Bilion (2014)
Ibu bapa               : Tun Mahathir Mohamad & Siti Hasmah Mohamad Ali
Sumber Kekayaan  : Perniagaan gas dan minyak
Status                   : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak







SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka.Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usaha mereka.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.
Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum diketahui sebelumnya.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah  Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir , yang berusia 52 tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum.


Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang petroleum ini sejak dari kecil lagi.Semangat dan minat terhadap sektor ini ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat yang  mendalam dalam bidang petroleum.Rasa ingin tahu terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula Tan Sri Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.
Setelah Berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan kariernya dalam bidang petroleum.Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam bidang petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan bekerja sendiri.Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau  menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyilidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipeloporinya.Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu.Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.



Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang darinya ialah bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa langkah yang terbaik yang harus diambil beliau dalam mengecapi apa yang diimpikannya.Setelah selesai penyelidikannya,Tan Sri Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya.Beliau memutuskan untuk bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar di Malaysia.



Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini lama kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini.Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum.Tan Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad , bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender penggerudian. Beliau meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang perniagaan di Kuala Lumpur. Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad ( disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) , dia memulakan langkah baru dalam pembuatan komponen , sektor penjagaan kesihatan minyak dan gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) dan Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas , kewangan ). Latihan penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat-syarikat ini . Dia mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd (” Kencana Capital “) sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun yang sama.
Kesimpulannya,dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang Berjaya kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai tahap itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting dalam membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang paling tinggi.Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini ialah ‘jika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah maju’.Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.

RUJUKAN :
  1. http://panggungopera.blogspot.com/2014/02/rahsia-sebenar-mokhzani-mahathir.html
  2. http://www.sapurakencana.com/page/bod_view/7/15

Catat Ulasan

Komen di sini, Admin tidak bertanggungjawab atas segala komen. Terima kasih :

Terbaru Lebih lama