SIFAT
TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :
Datuk Dr. Maznah
adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa
Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah
syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi
lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Nama
:
Datuk Wira Dr. Maznah Hamid
Umur
: 59 tahun (April 1955)
Berasal
dari : Ayer Hitam, Kedah
Pasangan
: Haji Shaheen Mirza Habib (1979 – kini)
Status
: Berkahwin dan memiliki 5 orang anak
Agama
: Islam
Warganegara
: Malaysia
Jawatan
: Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE ( 1981 – kini )
Pendidikan
:
- Diploma Administration Business
Executive ( ABE )
- Personnel Management ( Human
Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM)
- Diploma in Personal and
Personnel Management – Personal Development Leadership Corporations (PDL)
- Excellerated Instructors’
Training & Corporate Education – Hawaii, USA
- Business School For
Entrepreneurs, USA
- Business School For Investors,
Singapore
- Ijazah Kedoktoran Pentadbiran
Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan
dari Central State University of New York.
Beliau kini mengepalai
lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi
dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih
membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh
Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan
Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi
logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management,
perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain.
Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori
konsep ‘total security’.
Hasil daripada
kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai
beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau
Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium
mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. Bagi menepati
keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke
peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen
penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat
antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce
Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan
Jerman. Apa yang menarik mengenai ‘success story’ Datuk Dr. Maznah ialah
kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan
kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan
segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah ‘modal perniagaan yang
sebenarnya adalah dirinya sendiri’.
Beliau merupakan
seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani
menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja
lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari
apa yang kita kerjakan’. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam
bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Beliau juga merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis
kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di
luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang
begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan
rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor
motivasi dan ‘success counsellor’ dimana kita sering mendengar suaranya di
radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1,
TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti
beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu,
beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta
‘success counselor’ di institusi – institusi pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya
yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC,
Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan
pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan
‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan
itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO”
dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar
ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam
diri setiap insan.
Beliau telah berjaya
menerbitkan buku bertajuk ‘MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN’ (versi Melayu dan
Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta
menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan
kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di
dalam usahanya memburu kejayaan.
Beliau memiliki Phd,
Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi
dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga
Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini
merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS).Datuk
Maznah juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan
memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi
- Vice President of the Women
World Entrepreneur Association (FCEM)
- Ahli Lembaga Pengarah Golden
Hope Plantations Berhad
- Ahli Lembaga Pengarah Yayasan
Sultanah Bahiyah, Kedah
- Felo Adjung Sekolah Pembangunan
Sosial, Universiti Utara Malaysia – (UUM)
- Pengerusi, Ahli Lembaga
Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) – UUM
- Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama
Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
- Ahli Majlis Pembangunan
Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Ahli Majlis Pelan Tindakan
Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
- Ahli Exco Pergerakan Wanita
UMNO Malaysia
- Pengerusi, Biro Keusahawanan,
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
- Ketua Wanita, Pergerakan Wanita
UMNO Negeri Kedah
- Ketua Wanita, Barisan Nasional,
Negeri Kedah
- Pengerusi, Ekonomi &
Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
- Ketua Wanita, Pergerakan Wanita
UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
- Pengerusi, Majlis Pembangunan
Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
- Presiden Kehormat USAHAWATI
- Presiden , Malaysian
Association of Profession Speakers (MAPS)
- Advisor, Excellerated Business
School Inc, USA
- Advisor, Success Resources
Training School, Pte Ltd
Rujukan :
Nice blog! Looking for pte institute in Panchkula? We offer comprehensive courses designed to enhance English proficiency, focusing on the four key areas of the exam: speaking, writing, reading, and listening. With experienced faculty, personalized attention, and interactive teaching methods, students can expect to sharpen their skills and achieve their desired scores. We provide comprehensive guidance tailored to meet individual learning needs, ensuring students grasp every aspect of the PTE exam with confidence.
BalasPadam