TOKOH USAHAWAN MALAYSIA BERJAYA DATO' HAJI AMEER ALI - MYDIN

 Pasaraya borong MYDIN. Sebut sahaja nama Mydin, semua masyarakat di Malaysia tahu tentangnya. Sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Lebih-lebih lagi, pengasas pasaraya tersebut merupakan orang Melayu.

 




Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.

 

Latar Belakang Dato' Haji Ameer Ali:

 

Nama: Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali

Tarikh Lahir: 4 Jun 1956

Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan

Jawatan : Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Pendidikan: Masters; International Business, Sonoma State University di California.

Pengalaman: berkhidmat di Arab Malaysian Merchant Bank (8tahun)

 


Selain itu juga, Kumpulan Mydin ini diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menjadi operator KR1M (Kedai Rakyat 1 Malaysia).


Secara kesimpulan daripada pengenalan syarikat Mydin ini, saya dapati, pelbagai usaha dan cara yang dilakukan oleh pengasas dan peneraju terkini syarikat ini untuk terus maju. Ciri-ciri utama yang diterapkan oleh tokoh Mydin ini ialah:

Punctuality (ketepatan masa)

Disiplin

Berjimat

Kuat bekerja

Sentiasa berubah (mengikut trend semasa)

Dato' Haji Ameer turut memberitahu bahawa bapanya sangat kuat bekerja sehinggakan orang sentiasa melihat bapanya berada di kedai berbanding di rumah. Andai beliau tiada di kedai, pasti beliau berada di hospital.

 

 

Catat Ulasan

Komen di sini, Admin tidak bertanggungjawab atas segala komen. Terima kasih :

Terbaru Lebih lama