CARA MUDAH DAFTAR MENGGUNAKAN QR DUIT NOW

 


APAKAH ITU DUIT NOW?

Bagaimana caranya nak transfer duit kepada rakan dengan mudah dan selamat??

Korang mengalami masalah ketika nak menghantar wang ke rakan dan keluarga atau menbeli belah korang tapi tidak tahu nombor akaun dan bank mana?

Kini semua masalah itu korang tidak perlu fikirkan lagi lagi dengan duitnow. Hanya dengan mengetahui nombor telefon penerima, korang boleh membuat penghantaran terus wang kepadanya akaunnya.

DuitNow ialah perkhidmatan mudah dan selamat yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit penerima. Ia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia yang menyokong kaedah ini. untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan CARA GUNA DuitNow

  

CARA MENGGUNAKAN DUITNOW

Sebagai makluman kepada korang, terdapat dua proses yang terlibat dalam penggunaan DuitNow iaitu :

·         Pendaftaran DuitNow

·        Pindahan wang melalui DuitNow.

 

 DUITNOW SCAN MELALUI QR

Piawaian QR yang boleh dikendalikan yang membolehkan rakyat Malaysia membuat pembayaran dan menerima dana daripada mana-mana Bank dan eWallet yang mengambil bahagian dengan hanya satu kod QR.

 

Jom tengok macam mana nak daftar dan membuat pemindahan wang duit Now

 

STEP 1


PENDAFTARAN DUITNOW

1.    korang mestilah log masuk ke akaun bank korang sendiri menggunakan username dan kata laluan yang sah yang telah korang daftarkan

2.    korang perlu pilih perkhidmatan DuitNow di bawah menu Fund Transfer

3.    Daftar ID dengan membuat pautan nombor telefon atau nombor MyKad bagi menghubungkan kepada akaun bank atau e-wallet korang

 

TAHUKAH KORANG, SEMUA BANK MENERIMA DUIT NOW DI MALAYSIA?

Jawapanya Ya, dengan semudah ABC korang boleh daftar dan menggunakan duit now.

 


STEP 2


PINDAHAN WANG MELALUI DUITNOW

1.    Korang perlu log masuk ke akaun menggunakan username dan kata laluan yang sah

2.    Korang perlu pilih perkhidmatan DuitNow di bawah menu Fund Transfer

3.   Masukkan nombor telefon bimbit penerima atau pilih dari senarai contacts dalam telefon korang

4.  Pilih akaun korang yang korang nak gunakan, namun kebiasaanya ia adalah default di mana nombor akaun simpanan akan dipaparkan secara terus.

5.    Masukkan nilai wang ( cth 100 ) yang hendak dipindahkan

6.    Tekan butang Transfer Money

7.  Skrin akan memaparkan maklumat penerima untuk korang membuat pengesahan

8.    Klik butang Approved sekiranya maklumat penerima adalah betul dan tepat

9.    Pindahan wang akan dilakukan serta merta dan setelah berjaya dipindahkan

10. Korang akan juga akan menerima SMS dari pihak bank yang menyatakan pindahan wang telah berjaya dilakukan

 

MAKLUMAT TAMBAHAN


Sekiranya nombor MyKad atau nombor telefon yang telah korang masukan tiada pautan dengan mana – mana nombor akaun bank penerima, pengirim wang akan menerima mesej makluman bahawa penerima tidak wujud dan proses pindahan yang korang ingin lakukan tidak dapat diteruskan.

Untuk pengetahuan korang setiap nombor MyKad atau nombor telefon hanya boleh dipautkan kepada satu akaun bank sahaja.

Sekiranya korang telah berdaftar, namun ingin menggunakan nombor telefon atau nombor MyKad untuk akaun bank lain, maka korang perlu menyah daftar akaun tersebut dahulu sebelum korang boleh membuat pendaftaran bagi akaun baru.

 

PEMBAYARAN QR RENTAS SEMPADAN


Pengguna di Thailand kini boleh menggunakan aplikasi pembayaran mudah alih mereka untuk mengimbas DuitNow QR untuk membuat pembayaran kepada peniaga di Malaysia.

Public Bank ialah bank pertama yang membolehkan perkhidmatan rentas sempadan QR DuitNow.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari https://www.duitnow.my/

 


Catat Ulasan

Komen di sini, Admin tidak bertanggungjawab atas segala komen. Terima kasih :

Terbaru Lebih lama